Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah?

Kenapa wanita  senang menjadi fitnah? Memang itulah hakikatnya , wahai wanita ! Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baikperhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu.

Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah
  • Ada yang pakai kerudung simple. Ujung julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘bentuk’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita menutupkan dengan kerudung, menutup bahagian dada mereka.
  • Ada pakai kerudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya menampakkan lengan yang ‘mulus’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans ketat. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak pakaian dalam, malah kadang-kadang tercetak apa yang tersembunyi.
  • Ada pakai kerudung , tapi pakai jeans teramat ketat. Alur pinggulpun terbelah dua. Bentuknya pun terbayangkan. Apa mau jadinya ini?
  • Ada yang pakai kerudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan itu  ‘kainnyapun dibelah’ pula. Apabila berjalan, terlihatlah mulusnya betis malah kadang-kadang paha pun tersingkap.
  • Ada yang pakai kerudung, tapi pakai kain mini, apakah kaki bukan auratkah? Pakai pula stoking !!
  • Ramai perempuan pakai kerudung, tapi bermake up tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula.
  • Ada perempuan berkerudung, ‘menempel’ pula dengan teman lelaki di bangku stasiun bus dan pusat pembelajaan. Ini menjatuhkan image wanita berkerudung.
  • Ramai perempuan suka pakai sepatu bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saran al Quran dan hadist. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti pada khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah. Apakah anda tak takut?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan berkerudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita berkerudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka bertelanjang ini kerana terikut perkembangan fashion sampaikan tak fikir tentang soal aurat.
Penulis lihat sekarang ada jubah wanita yang dijual tapi bila dipakai jubah tu hanya membalut satu badan sampai menampakan bentuk tubuh badan pemakai tersebut. Ya Allah bukalah hati jangan pakai ketat-ketat sampai tampak bentuk yang tak sepatutnya nampak.
Wahai kaum adam,
Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu,
Bimbinglah dia,
Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak,
Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan tepat dengan caranya,
Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu
Lindungi dia dari fitnah dunia.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mau selamat.
Wallahua’lam

Sumber: Zulhafidz Yahaya
http://www.eramuslim.com
Share on Google Plus

About Admin

0 komentar:

Posting Komentar